Posts

Showing posts from May, 2018

Minit Mesyuarat 2

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Seminar Bahasa Kali Kedua 2018 Tarikh : Sabtu, 26 Jun 2018 Masa : 9.00 Pagi Tempat :  Bilik CR 2055 Kehadiran : Prof. Nik Safiah Karim - Pengerusi Dr. Abu Dollah - Naib pengerusi Wong Jing En –Setiausaha Ahmad Yatim - Bendahari Tn Hj. Lamat Lajat - Jawatankuasa Penajaan En. Subki bin Alias - Jawatankuasa Pameran En. Ali Rustam - Jawatankuasa Teknikal En Rustam Ali - Jawatankuasa Makanan En Abu Ali - Jawatankuasa Penginapan Tidak Hadir : Pn. Pabiah Kechik - Bercuti En. Karim Ahmad - Tanpa alasan Agenda Perkara Tindakan 1. Ucapan pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir 2. Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat lalu 2.1 Cadangan : En. Ali Rustam Sokongan : En. Rustam Ali 3. Perkara berbangkit (jika ada) 3.1 Pengerusi menjelaskan bahawa seminar pada kali ini akan melibatkan pengkaji bahas

LATIHAN EJAAN / IMBUHAN / ISTILAH / TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan atau kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. 1. Mawi selalu menasihatkan    menasihati  kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya menanggungnya . 2. Kebanyakan pelancung   pelancong  lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran   persisiran  pantai Malaysia. 3. Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan   dipererat . 4. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat   tapak  pembinaan projek itu di atas sebab-sebab keselamatan . 5. Kejadian gempa bumi yang meranapkan baki   tapak sejarah di kota itu telah menggegarkan   menggemparkan masyarakat dunia. 6. Semua peserta -peserta telah menghadiri kursus peningkatan prestasi di pusat peranginan itu yang dikendalikan