LATIHAN EJAAN / IMBUHAN / ISTILAH / TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan atau kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

1. Mawi selalu menasihatkan  menasihati kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya menanggungnya.
2. Kebanyakan pelancung pelancong lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran persisiran pantai Malaysia.
3. Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan dipererat.
4. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat tapak pembinaan projek itu di atas sebab-sebab keselamatan.
5. Kejadian gempa bumi yang meranapkan baki tapak sejarah di kota itu telah menggegarkan menggemparkan masyarakat dunia.
6. Semua peserta-peserta telah menghadiri kursus peningkatan prestasi di pusat peranginan itu yang dikendalikan oleh pemidato motivator yang tersohor.
7. Malaysia mampu memajukan eko-pelancongan ekopelancongan kerana mengayakan kekayaan sumber alam semula jadinya.
8. Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan penerangan yang jelas tentang profesyen profesion sebagai pakar bedah.
9. Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan mengetengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia se-Malaysia.
10. Saya mengucapkan berbanyak berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan merasmikan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
11. ”Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini wasiat seruan pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.
12. Kelawar-kelawar Kelawar yang bergayutan di pada dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.
13. Wakil Rakyat rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan mengesyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.
14. Penggunaan e-mail e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai  menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja.
15. Kempen anti-dadah antidadah peringkat kebangsaan yang dilancar dilancakan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
16. Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada selain kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan.
17. Stesen minyak-stesen minyak Stesen-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri layan diri.
18. Pembabitan golongan wanita di dalam dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan meningkatkan martabat mereka.
19. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong mendukung usaha kemasyarakatan pemasyarakatan bahasa Melayu.
20. Setiap pusat melupuskan pelupusan sampah hendaklah sentiasa di pantau dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.
21. Pengurusan syarikat itu mensasarkan menyasarkan peningkatan jualan prodaknya   produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
22. Atur susun Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari daripada pekerja syarikat tersebut.
23. Keseluruhan penduduk-penduduk Keseluruhan penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak menuai padi.
24. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.
25. Hasrat Amin supaya untuk menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan ditangguhkan kerana belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.
26. Wang gaji yang diperoleh oleh saya saya peroleh setiap bulan dibelanjakan secara berhemah berhemat dan bakinya disimpan di dalam bank.
27. Jabatan Mateorologi menganggarkan meramalkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan kawasan lain-lain cuacanya cerah.
28. Aktiviti itu diadakan dengan matalamat matlamat untuk meningkatkan keterampilan pelajar dalam bidang urusan pengurusan persatuan.
29. Penegasan ketegasan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap penunggang motorsikal motosikal yang tidak memakai topi keledar mendapat sokongan daripada orang ramai.
30. Syarikat itu membayar bonos bonus kepada kakitangannya pada setiap tahun untuk memberikan galakkan galakan agar mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh.
31. Ahmad sedar tanggungjawab sedar akan tanggungjawab untuk membantu keluarga mengasuh menjaga datuknya yang telah tua dan uzur itu.
32. Hutan pokok-pokok pokok bakau di tepi pantai menjadi perisai benteng hakisan ombak yang meruntuhkan pantai.
33. Perlawanan bola sepak di antara antara pasukan Rumah Hijau dengan Rumah Kuning digantungkan ditangguhkan kerana hujan turun dengan lebat.
34. Pihak pos Malaysia menjual stem setem kenang-kenangan sempena Hari Kebangsaan selepas melancarkan pelancaran sehingga stok habis di seluruh negara.
35. Sikap penduduk di rumah pangsa itu yang dibuangkan membuang sampah ke dalam mangkuk tandas menyebabkan pembentong pembetung selalu tersumbat.
36. Penunggang dan pembonceng motorsikal motosikal diwajibkan memakai topi keledar untuk mengurangkan risiko mati kematian sekiranya terlibat dalam kemalangan.
37. Emak menyalai menggoreng ikan dengan menggunakan minyak kelapa sawit bertapis yang penjual dakwa  didakwa oleh penjual tidak mengandungi kolesterol.
38. Kumpulan Pasukan bola sepak negara kita tidak gentar untuk berhadapan dengan pasukan mana mana-mana pasukan sekalipun dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.
39. Pengorbanan pelopor tokoh kemerdekaan amat besar sekali kerana sanggup berkorban nyawa demi untuk demi kebebasan negara daripada cengkaman penjajah.
40. Satu majlis meraikan para atlit atlet yang harumkan mengharumkan nama negara dalam kejohanan sukan antarabangsa telah diadakan di ibu negara.
41. Semua persatuan diarahkan supaya mengadakan mesyuarat agong agung dan membuat pilihan  pemilihan ahli jawatankuasa baru sebelum akh ir bulan Mei.
42. Fail individu yang tersimpan di bilik kaunselor akan kami rojok rujuk apabila dimintakan diminta untuk membuat laporan tentang kemajuan pelajar berkenaan.
43. Pengetahuan terhadap pemakanan wajar dimiliki oleh kaum wanita yang bagi menentukan menu makanan harian seimbang untuk anak-anak mereka.
44. Anugerah Hadiah yang dikirimkan oleh kami kami kirimkan kepada bekas pendidik kami sempena Hari Guru telah selamat diterima.
45. Kesesakan lalu lintas berlaku di bandar pusat pusat bandar apabila berlaku kemalangan yang menyekat kecekapan kelancaran pergerakan kenderaan di jalan raya.
46. Adik saya sering memainkan bermain  bowling boling dengan kawan-kawannya pada setiap hari minggu dan cuti umum.
47. Cikgu saya akan menghadiahi menghadiahkan senaskhah buku kepada pelajar yang mendapat marka markah yang tertinggi.
48. Perlawanan bola sepak yang sedang berlansung berlangsung dengan hebat itu akan ditamat ditamatkan oleh pengadil pada bila-bila masa sahaja.
49. Kerani itu hendak membeli alatulis alat tulis yang dijual di warung kedai buku yang terletak berdekatan dengan pejabatnya.
50. Orang yang dijangka disyaki sebagai perompak itu telah ditangkap oleh polis berhubung kes  berhubung dengan kes rompakan di kedai emas semalam.
51. Pelari cepat pecut negara gagal membawa cabaran Malaysia di pada peringkat antarabangsa sejak era M. Jegathesan dan Rabuan Pit.
52. Hasil kajian gulungan golongan profesional dalam bidang perubatan, lahirlah kaedah baru untuk perawat merawat penyakit itu.
53. Kemajuan teknoloji teknologi komunikasi dan maklumat terkini telah berjaya meneroka pemikiran kita agar celik dengan berbagai pelbagai jenis ilmu.
54. Hal ini penting khususnya bagi golongan intelik intelek kerana keupayaan penguasaan menguasai pelbagai bahasa membolehkan golongan ini memperolehi ilmu pengetahuan.
55. Para penonton saling tolak-menolak di antara antara satu sama lain ketika hendak menyusup ke dalam dewan.
56. Kerja-kerja membaik pulih bangunan besejarah bersejarah itu dijangka mengambil belanja yang besar.
57. Pada ketika waktu yang sama juga, beberapa kawasan bersejarah sejak zaman pra-sejarah prasejarah dahulu telah musnah.
58. Pameran sains dan teknologi itu sungguh menarek menarik perhatian para kunjungan pengunjung.
59. Semasa Majlis Hari Ibu berlangsong berlangsung , adik Shafiq menghadiahi menghadiahkan sejambak bunga kepada ibunya.
60. Satu selidikan penyelidikan akan dijalankan untuk mengetahui punca kepupusan beberapa spisis  spesies burung di negara ini.
61. Pengalaman pahitgetir pahit getir semasa darurat masih segar dalam khayalan ingatan Pak Dollah
62. Peserta bengkel Bahasa Melayu berbalas-balas bertukar-tukar pandangan bagi menyiapkan tugas untuk dibentang di pada akhir kursus.
63. Tunku Abdul Rahman merupakan cendekiawan negarawan yang telah berjaya menuntut kemerdekaan negara kita dari daripada British.
64. Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat yang serba canggeh canggih pada masa ini mampu membawakan membawa kita meneroka pelbagai jenis ilmu dengan berkesan.
65. Pihak kerajaan pula telah menyasarkan kus kos berjuta-juta ringgit untuk memaju memajukan kawasan tersebut.
66. Demikianlah berapa beberapa pandangan yang telah disampaikan oleh mereka dalam foram forum semalam.
67. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula baginda bersemayam di atas mahligai  takhta sempena hari keputeraan baginda yang ke65 ke-65 tahun.
68. Kaki tangan Kakitangan awam diingatkan supaya mereka sentiasa mendahului   mendahulukan kebajikan rakyat dalam memberikan perkhidmatan.
69. Surat kenyataan penyataan daripada kementerian pelajaran malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia tentang peraturan pakaian telah dihantar kepada pihak sekolah.
70. Bagi membulehkan membolehkan Malaysia dibangunkan membangun dengan pesat dan berdaya saing di peringkat antarabangsa, penguasaan beberapa bahasa utama dunia merupakan satu keperluan.
71. Aliran dan isu keanika bahasaan keanekabahasaan yang menguasai dunia pada hari ini telah meletakan meletakkan keutamaan kepada penguasaan pelbagai bahasa, khususnya bahasa Eropah.
72. Pihak kerajaan atau suwasta swasta telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan awam, misalnya tandas awam, telefon awam, balai raya dan lain-lain untuk memudahkan kemudahan orang ramai.
73. Dia mengucapkan memanjatkan syukur dengan kepada Tuhan kerana telah mengurniainya tubuh badan sihat dan rezeki yang melimpah.
74. Latihan Aktiviti itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.
75. Oleh kerana Oleh sebab sudah lama berjalan berlalu, peristiwa itu sudah luput daripada ingatan penduduk kampung.
76. Sejak akhir-akhir ini media masa massa kita sering membuatkan membuatkan liputan tentang keselamatan sekolah yang agak longgar.
77. Perubahan suasana sekolah pada masa ini telah menyebabkan kaedah, stratigi strategi dan model program yang dapat meningkat meningkatkan keselamatan murid serta guru perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.
78. Anggota masyarakat hendaklah menunjukkan keperihatinan keprihatinan menghadapi   terhadap moral agar anak-anak menjadi orang yang berguna.
79. Hari Kebangsaan memperingatkan tentang erti mengingatkan erti kebebasan yang lebih luas kepada kita semua.
80. Abad ke20 ke-20 menyaksikan letusan cetusan pelbagai idea dan percubaan yang amat membanggakan.
81. Penghasilan Pembinaan Menara Berkembar Petronas yang menggunakan teknologi seni bina  senibina termoden telah meletakkan Malaysia pada peta dunia.
82. Dalam tempuh tempoh beliau memegang jawatan tersebut, kedua-dua akhbar tulisan jawi itu diberi deberikan nafas baru.
83. Sila layari Intenet Internet dan senaraikanlah sekurang-kurangnya 10 destinasi perlancongan pelancongan yang terkenal di negara ini.
84. Kini, aktiviti sukan lasak seperti kembara mendaki gunong gunung dan lumba basikal bukit dapat tarikan menarik minat orang ramai, terutama golongan remaja di negara ini.
85. Kemudahan canggih berdasarkan berasaskan teknologi yang terdapat di KLIA dapat dibanggakan oleh kita kita banggakan.
86. Kerana kekurangan kesuntukan masa, mereka tidak sempat membincangkan lain-lain perkara  perkara-perkara lain dalam mesyuarat pada hari ini.
87. Para-para Para ilmuan itu sedang bersidang berbincang di dalam dewan seminar itu.
88. Perdana menteri Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sanggup meluangkan masa untuk sertai menyertai pertubuhan sukarela.
89. Di samping menyediakan bantuan di peringkat antara bangsa antarabangsa, persatuan sukarela ini tidak membelakangi masyarakat menempat tempatan
90. Tugas para juru terbang juruterbang bermula-selewat-lewatnya satu jam sebelum terbang.berlepas.
91. Kelima Kelima-lima penari Kumpulan Seri Kebudayaan Negeri Terengganu itu berwajah   berkulit putih.
92. Bersihkan akan kami Akan kami bersihkan kawasan belukar di belakang dewan itu melalui  dengan bergotongroyong.
93. Barang-barang yang menjadi bahan bukti simpanan pihak pendakwa ada di pada pihak pembela kes tersebut.
94. Negara kita telah mendahulu kebanyakkan mendahului kebanyakan negara membangun lain dalam bidang teknologi pertanian.
95. Syarikat itu telah mengondol menggondol dua hadiah dalam bertanding pertandingan reka cipta produk baru pada tahun ini.
96. Sektor pelancongan dibahagi terbahagi kepada dua ketegori kategori utama iaitu pasaran domestik dan pasaran antarabangsa.
97. Semenjak keluarganya berpindah, tiada siapa sesiapa pun yang mewarisi mendiami rumah tersebut sehingga kawasan sekitarnya ditumbuhi semak-samun.
98. Dia berasa ganjil kekok ketika berada dalam majlis yang penuh adat istiadat yang orang kenamaan hadiri dihadiri oleh orang kenamaan.
99. Pembangunan kemudahan asas untuk kemudahan rakyat akan membantut terbantut jika kegiatan merosakannya merosakkannya masih berterusan.
100.Pemain yang sangat lincah itu dikawal hebat ketat oleh pihak lawan tiap setiap kali dia menerima bola.

Comments

Popular posts from this blog

Latihan

latihan peperiksaan percubaan SPM