latihan peperiksaan percubaan SPM


(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pekat
Kuah laksa itu sangat pekat

(ii) pikat
Tingkap itu sengaja dibuka untuk pikat pencuri masuk

(iii) siram
Ayah siram pokok bunga setiap pagi

(iv) suram
Jalan ke rumahnya yang gelap makin suram pandan­gannya.

(v) indah
Di keliling tasik itu, ditanam berjenis-jenis pokok bunga untuk indah kawasan itu.

(vi) endah
Dia tidak endah hasutan orang itu.


(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. 

(i) Saya menziarahi nenek pada hujung minggu. 
Pada hujung minggu, nenek diziarahi oleh saya.

(ii) Menteri Pendidikan telah merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang yang bertempat di Dewan Jubli Intan. 
Majlis Anugerah Cemerlang yang bertempat di Dewan Jubli Intan telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan.

(iii) Kamu harus memandu kereta itu dengan berhati-hati kerana hujan yang sangat lebat di lebuh raya.
Kereta itu harus kamu pandu dengan berhati-hati kerana hujan yang sangat lebat di lebuh raya.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 

(i) Sebahagian daripada tanah pesaka pusaka kepunyaan Haji Sulaiman di kampung akan diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk menjadikan dijadikan rizab jalan. 

(ii) Projek carigali cari gali yang baharu akan dilaksanakan di pengairan perairan Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun hadapan. 

(iii) Rambut bayi itu kerinting keriting dan berwarna perang kerana mengikut genetik daripada penurunan keturunan sebelah datuknya yang berasal dari Pakistan.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 

(i) Remaja hari ini merupakan tonggak utama bagi merealisasikan apresiasi visi negara dalam masa 30 tahun daripada  dari sekarang. 

(ii) Ayam jantan itu berbunyi  berkokok dengan nyaring pada tiap setiap  pagi menandakan hari menjelang siang. 

(iii) Pasukan Bendahara bertempik keriangan apabila diumumkan sebagai juara di dalam pertandingan hiasan rumah sukan.

(e) Baca ayat–ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut. 

(i) Mak Mah mendidik dan menjaga anak-anak tirinya dengan penuh kasih sayang.
Bagai menatang minyak yang penuh.

(ii) Peniaga itu mengambil kesempatan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan harga yang tinggi kepada mangsa banjir.
Menangguk air yang keruh
(iii) Lagu-lagu lama yang bertemakan hari raya masih segar dan diminati sehingga hari ini.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN EJAAN / IMBUHAN / ISTILAH / TATABAHASA

Latihan