BM Bahagian B

a)Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas

(i) alih-alih

Saya pikir engkau sudah pergi, alih-alih masih tidur.

(ii) baik-baik

Jagalah diri kamu dengan baik-baik ketika berada di perantauan,” pesan emak kepada saya.

(iii) duduk-duduk

 Nurasyikin dan Maznah sedang duduk-duduk di bawah pokok itu.

(iv) hampir-hampir

Mereka telah menyelamatkan budak yang hampir-hampir tenggelam itu.

(v)  jarang-jarang

Jarang-jarang terjadi kemalangan seperti itu.

(vi) kira-kira

Kira-kira seribu orang telah dijemput untuk menyaksikan upacara tersebut.


b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksud asalnya.

1)Golongan remaja memerlukan perhatian dari keluarga.
2)Golongan remaja memerlukan kasih sayang dari keluarga.
3)Mereka tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.
4)Kebanyakan ibu bapa sibuk bekerja.
5)Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak.
6)Ibu bapa perlu memastikan pencapaian akedemik anak-anak sentiasa cemerlang.


c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Pelajar-pelajar yang menghadapi masaalah masalah sebaik-baiknya berbincang dengan guru kaunseling untuk mencarikan mencari jalan penyelesaian.

(ii)Doktor itu memberi kejelasan penjelasan bahawa kematian pesakit itu disebabkan oleh virus selsema selesema burung.

(iii)Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua itu disertakan disertai pendaki yang berusia dalam linkungan lingkungan 25 tahun hingga 50 tahun.

d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyiarkan memberikan amaran keras pada kepada para pengusaha ladang bahawa mereka akan didakwa jika melakukan pembakaran terbuka.

(ii)Dua orang doktor pakar daripada luar negara telah berjaya menjalankan pembedahan menukarkan menukar hati terhadap ke atas Zamri.

(iii)Deretan kedai-kedai kedai di Jalan Indah telah terbakar pada petang semalam akibat litar putus pintas.


e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut.

(i)Kecantikan anak gadis Pak Ali sentiasa menjadi sebutan para pemuda di Kampung Seberang.
Bagai bulan dipagari bintang

(ii)Orang kaya itu kerugian besar kerana batu zamrud yang disangkanya berharga rupanya palsu.
Batu kerikil disangka intan

(iii)Ali sentiasa diingatkan oleh keluarganya supaya pandai memilih pasangan hidup yang sesuai dengan keadaan keluarga mereka yang miskin.
Enggang sama enggang, pipit sama pipit

Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN EJAAN / IMBUHAN / ISTILAH / TATABAHASA

Latihan

latihan peperiksaan percubaan SPM